``assalamualikum...``
"surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kite untuk mendapat keredaan allah.Hingga kini aku terus yakin jika kite mencari kebaikan insyaallah,allah akan memberikannya.
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam ape jua pergolakan dan ujian yang berlaku sepanjang kite berumah tangga,aku tetap menghormatimu.walaupon ada masanya sikap dan kate2ku terlanjur dan terkasar,itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu...apatah lagi membencimu....Tetapi semua itu kerana terlalu sayang.ku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami sepertimana anak2 kita juga tidak mahu kehilangan kasih sayang seorang AYAH.
Maafkan aku.akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini.sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang,aku menagih pimpinan dan panduanmu.Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik.Aku tidak mahu berpisah dengan sume kesayannganku ini.oleh sebab itu,aku merayu agar aku terus disayangi....dilindungi...dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar2 menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak2.
Kebahagiaan kite sekeluarga berada ditanganmu..dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini.aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat.ia menagih keikhlasan keimanan dan kejujuran yang tinggi.aku sedar ape yang akan ditanya allah pada hari akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan allah kepada seorang isteri.aku tahu tanggunjawabmu sangattttttt berat.Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada disisimu untuk sama2 mengharungi kepayahan ini.
Marilah kita sama2 insafi bahawa hakikatnya umur kite kian bertambah upaya dan tenaga kite kian kurang tetapi perjalanan kite masih jauh dan beban kite semakin memberat.amanah yang ada pon belum selesai kite tunaikan apatah lagi untuk menambah beban yang baru.
Marilah kite mengigati supaya kembali menilai peranan dan tanggungjawab masing2.aku lemah wahai suamiku....pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang allah melalui aliran kasih sayangmu.engkaulah harapan aku dan anak2.kami telah diserahkan oleh allah sebagai amanah kepada dirimu.janganlah disia2kan amanah ini.relakah kau melihat kami terkapai2 di dunia ini tanpa pimpinanmu....?????dan diakhirat terhumban ke dlm api neraka yg penuh seksaan..?????/
Oleh sbb itu jika kita inginkan rumahtangga yang bahagia kite terpaksa belajar melepaskan perkara2 lain.rumah tangga kite adalah keutamaan.ia amanah allah.harapan kite dan anak2.sebaliknya segala kesukaan atau keseronokan kite yang lain mungkin terpaksa kite korbankan demi membina kebahagiaan ini........ .
Tuesday, January 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uitz...tetibe jiwang neh..ape pasal???
ReplyDelete